Sunday 20 January 2013

RESEPI ON THE GO ~ NASI AYAM


Bahan-bahan

1 ekor ayam(kerat 6)

Bahan untuk perap ayam selepas direbus
-sos cili
-sos tiram
-kicap manis
-bawang putih ditumbuk halus

Bahan untuk sup
-2 ulas bwg putih, ketuk
-1 btg serai-ketuk
-1 inci halia-ketuk
-bunga lawang, biji halba,kayu manis, cengkih ATAU nak senang sup bunjut (tapi i use rempah sendiri tak guna sup bunjut)
-lada sulah
-garam
-daun sup(tabur)
_bawang goreng(tabur)

Bahan utk cili
-3 bijik tomato masak(kalau nak)
-3 ulas bwg putih
-3 biji cili merah
-4 biji cili api-nk pedas ltk lebih
-cuka makan skit-agak-agak blh blend bhn utk cili
-garam n gula(jika perlu)

Cara-cara:-

1.Mula-mula bersihkan ayam, rebus ayam dalam air yg byk.Satu periuk ke.
(sebab air ni nanti blh bt sup, dan masak nasi.
2.Dah rebus ayam - agak dah masak terus angkat.
3.Ambik air rebusan lebih tadi anggaran 4 cawan untuk masak nasi.
4.Yang lebih biar dalam periuk,tambah bahan utk buat sup dan sup bunjut.
perasakan. Sup dah siap(biar mendidih)
5.Utk nasi,basuh beras, masuk dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, halia skit, serbuk kunyit( skiiit je..) tumis (dlm kuali) dengan marjerin 1 ulas bwg putih n bwg merah (mayang halus) masuk sekali. on je rice cooker,
nasi pun dh siap..kalau nak msk daun pandan yg disimpul skali pun bole...baru nasi ni wangi..
6.Perapkan ayam yang direbus tadi ngan kicap manis, sos cili, bawang putih, -perasakan ngan garam dan gula-tp biar manis skit-baru best..perap je dalam 1/2 jam.make sure guna penyepit n sudu,jgn guna tangan k..sbb bahan perap ayam ni kita leh buat sos kicapnya..
utk cili plak- blend suma bahan utk cili tadi-perasakan ngan garam n gula, cili pun dah siap..
dah agak 1/2 jam. 
7.Pastu goreng ayam, angkat, ketuk skit dan potong kecil-kecil
8.Utk sos kicap, ambik lebihan bahan perapan ayam tadi,tambah kicap jika perlu. masak sekejap...perasakan.
9.Hidangkan dengan timun, salad dan tomato hiris.

Senang je kan.. Try lah....



No comments:

Post a Comment