Sunday 20 January 2013

RESEPI ON THE GO ~ NASI AYAM


Bahan-bahan

1 ekor ayam(kerat 6)

Bahan untuk perap ayam selepas direbus
-sos cili
-sos tiram
-kicap manis
-bawang putih ditumbuk halus

Bahan untuk sup
-2 ulas bwg putih, ketuk
-1 btg serai-ketuk
-1 inci halia-ketuk
-bunga lawang, biji halba,kayu manis, cengkih ATAU nak senang sup bunjut (tapi i use rempah sendiri tak guna sup bunjut)
-lada sulah
-garam
-daun sup(tabur)
_bawang goreng(tabur)

Bahan utk cili
-3 bijik tomato masak(kalau nak)
-3 ulas bwg putih
-3 biji cili merah
-4 biji cili api-nk pedas ltk lebih
-cuka makan skit-agak-agak blh blend bhn utk cili
-garam n gula(jika perlu)

Cara-cara:-

1.Mula-mula bersihkan ayam, rebus ayam dalam air yg byk.Satu periuk ke.
(sebab air ni nanti blh bt sup, dan masak nasi.
2.Dah rebus ayam - agak dah masak terus angkat.
3.Ambik air rebusan lebih tadi anggaran 4 cawan untuk masak nasi.
4.Yang lebih biar dalam periuk,tambah bahan utk buat sup dan sup bunjut.
perasakan. Sup dah siap(biar mendidih)
5.Utk nasi,basuh beras, masuk dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, halia skit, serbuk kunyit( skiiit je..) tumis (dlm kuali) dengan marjerin 1 ulas bwg putih n bwg merah (mayang halus) masuk sekali. on je rice cooker,
nasi pun dh siap..kalau nak msk daun pandan yg disimpul skali pun bole...baru nasi ni wangi..
6.Perapkan ayam yang direbus tadi ngan kicap manis, sos cili, bawang putih, -perasakan ngan garam dan gula-tp biar manis skit-baru best..perap je dalam 1/2 jam.make sure guna penyepit n sudu,jgn guna tangan k..sbb bahan perap ayam ni kita leh buat sos kicapnya..
utk cili plak- blend suma bahan utk cili tadi-perasakan ngan garam n gula, cili pun dah siap..
dah agak 1/2 jam. 
7.Pastu goreng ayam, angkat, ketuk skit dan potong kecil-kecil
8.Utk sos kicap, ambik lebihan bahan perapan ayam tadi,tambah kicap jika perlu. masak sekejap...perasakan.
9.Hidangkan dengan timun, salad dan tomato hiris.

Senang je kan.. Try lah....



Wednesday 9 January 2013

http://sayasukapokadots.blogspot.com/




PISANG NANGKA 

baru dipetik tengahari ni.......
Sedap ni wat pisang goreng......
Mmmmmmmm...........

LOLIPOP TREE ON SALE

http://sayasukapokadots.blogspot.com/

http://sayasukapokadots.blogspot.com/


LOLIPOP TREE ON IKEA VASE

Selling Cheap....
FREE DELIVERY to Klang/Shah Alam/Subang area
Approximately 90-100 pcs of lolipop/tree
Suitable for birthday parties, house warming gifts or souvenirs...

HOW TO ORDER???

CALL/WA/SMS 
016 2125 016
or 
LIKE US 
on FACEBOOK
" Pokadots Empire "


RESEPI ON THE GO ~ HATI ADAM & HAWA FINAL EPISODE HITAM MANIS

http://sayasukapokadots.blogspot.com/

HATI ADAM & HAWA FINAL EPISODE HITAM  MANIS

----------------------------------------------------------

Bahan-Bahan :

400gm hati lembu(dipotong dan dicuci)

Blend :-
Segengam cili kering
2biji bawang besar
5biji bawang merah
7biji bawang putih
halia sedikit
1 batang serai

kayu manis
bunga lawang
kicap pekat
kicap manis
gula
air asam jawa
bawang holand -dipotong bulat(ring)

CARA-CARA :-
1. Tumiskan bahan2 diblend sampai naik bau.
2. Masukkan hati lembu, kacau sebati.
3. Masukkan kicap pekat,manis,bunga lawang,kayu manis, gula, air asam jawa.
4. Kacau sampai keluar minyak.
5. Masukkan bawang holand.

Sedia untuk dimakan dengan nasi putih yang panas. Menu ini juga sesuai untuk ibu2 mengandung kerana hati mempunyai byk khasiat untuk tambah darah dlm badan.

SELAMAT MENCUBA uols!!!! :)

RESEPI ON THE GO ~ SAMBAL BELACAN PUSUK (Oppa Sarawak Style)

http://sayasukapokadots.blogspot.com/

SAMBAL BELACAN PUSUK
(Oppa Sarawak Style)

#PUSUK means IKAN BILIS dalam bahasa Sarawak

BAHAN-BAHAN :-

Segenggam Ikan Bilis @ Ikan Pusuk (dicuci dan direndam 5mins)
Cili padi merah
Cili merah
Belacan Sarawak

CARA-CARA MEMBUAT :-
1. Tumbuk semua bahan di atas di dalam lesung sampai lumat. 

#sesuai untuk makan dengan nasi, lauk kari, ulam-ulaman...... 

SELAMAT MENCUBA ! :)



RESEPI ON THE GO ~ Nasi Ayam Penyet

 AYAM PENYET...Bahan-bahan ( 6 orang )


Untuk Ayam

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal

Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa

Untuk Nasi

3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

Untuk Ayam Penyet

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi

Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

Tuesday 8 January 2013

TICD 2012 Pulau Tioman Clean Up


Menikmati sunset bersama rakan kerja dan warga penduduk Tioman di Salang, Pulau Tioman during my on-duty vacation with Berjaya Air in conjuction of Tioman Island Clean Up Day at Berjaya Tioman Resort & Spa 2012
http://sayasukapokadots.blogspot.com/
MONKEY BAY

http://sayasukapokadots.blogspot.com/
SALANG BEACH AT NIGHT

Serenity.....Mendamaikan......

End of Tioman Island Airport Clean Up

Go high!!!!!! :)
with my ex colleagues at Berjaya Air Sdn Bhd and personnels from M.A.B Malaysia Airport Berhad 
dah dapat goodies bag....balik hotel...mandi and off to dinner party with all participants..divers,medias and such...

kenangan manis...mmg fun!

Snorkeling Time @ Renggis Island
http://sayasukapokadots.blogspot.com/


Best kan!

http://sayasukapokadots.blogspot.com/

Tioman Island...i will come back.....

#ada banyak lagi picture tapi tak larat nak upload semua :)